Kelahiran Album Pertama: Cinta Yunizar_Hussein

Ooi Eow Jin bertanggungjawab sebagai penerbit kepada album sulung beliau yang bertajuk Cinta pada tahun 1979. Ooi Eow Jin bersama Hamed Samad (bekas suami Yunizar) dan Kofosin bertindak untuk mengubah dan menyusun muzik untuk album ini. Beliau hanya menghasilkan empat album termasuk satu album duet iaitu Dia Ibuku bersama dengan M. Nasir.Selepas menghasilkan album yang bertajuk Semasa, terbitan M. Nasir pada tahun 1982, beliau terus menghilang dari dunia seni tanahair.